Sekarang ni kelihatan makin ramai lak kaum wanita yang ada misai. Kenape ye? Mungkin sebab pemakanan kot… Maklumlah zaman sekarang nie macam-macam benda yang kita makan tambahan lagi dengan segala mala jenis bahan kimia yang ditempek-tempek ke muka.
Ada pulak tu masa kecik-kecik dulu tak ada plak misai. Tetiba bila dah besar panjang tak pasal-pasal boleh tumbuh lak. Makin hari makin obvious pulak tu. Camna nak settle nie…
Bagi kebanyakan yang mengalami masalah misai nie tentu sekali redha dengan anugerah Tuhan kan… tapi sebenarnya tak salah kalau kita berusaha untuk membuang ‘misai’ tuh.
Ehh… betul ke boleh buang misai tu? Dari segi agama tak salah ker..?
Daripada pembacaan che petua, tak salah sebenarnya untuk membuang misai malah digalakkan kerana takut nanti disamakan pulak dengan kaum Adam.
Wanita yang ditumbuhi bulu selain bulu mata dan bulu kening diharuskan untuk membuangnya. Dalam erti kata lain, bulu yang dah macam misai tu harus cukur laa..
So, tak salah kalau nak buang misai… except bulu kening ngan bulu mata kalau buang memang haram… wallahu’alam
Hukum mencabut bulu di muka perempuan iaitu di pipi dan atas bibir dibolehkan untuk mengembalikan keaslian wajah wanita yang memang tiada bulu di mukanya.
Petua Menghilangkan Misai Wanita
So, kalau nak buang camna? Ada orang yang cukur jer cam lelaki cukur misai. Memang berkesan pada mulanya. Tapi ikut kaedah cukur nie lama-kelamaan misai tu tumbuh balik dan kalau dah kerap dicukur lazimnya akan jadi makin kasar dan lebat. Tak caya cuba cukur…
Ada orang tak cukur tapi dia ‘trim’ pakai gunting. Dengan ‘menerim’ bulu di atas bibir tu nampak kurang sikit lah… tapi tak lah hilang terus. Bezanya cuma misai tu tak jadi lebih kasar kalau nak dibandingkan dengan cukur.
Selain daripada trim, ada lak yang cabut guna pencabut bulu kening. Tapi bagi yang penah mencubanya memang tahu lah penangan sakitnya. Cabut satu adoi.. dua adoii.. kalau dah sepuluh dua puluh helai camna? Mau meleleh air mata sepiring, campur pulak dengan air hidung boleh penuh semangkuk… hehe…
Lagi satu, kata orang cabut nie pun cuma tahan seminggu dua jer… lepas tu dia tumbuh balik.. Kira okey lah tu kan..
Ada cara lain tak??
Pegi lah ke salon ke beauty centre ke yang berlambak di pasaran sekarang nie. Diaorang ada buat rawatan tu, apa term dia pakai ntah… threading ka waxing… lebih kurang cam tu lah….
Tapi kaedah tuh cuma untuk orang berduit je lah… dengar cerita ada yang caj sampai beratus-ratus sekali rawatan… ribu pun ada tau… Berapa lama bulu tuh hilang… entah lah… setahun kot… tak pun sebulan… hehe.. che petua tak tau lah pulak…
Petua Buang Misai
Citer punya citer sampai terlupa lak nak kongsi petua buang misai nie… Haa.. ini dia antara petua yang che petua dapat kumpul, seperti biasa, keberkesanannya tak dijamin yer.. tapi moga dengan usaha tuh siapa tahu ia sesuai buat anda… rasanya lebih baik cuba dari tak cuba… dan lebih baik try dulu petua nie daripada pegi ke salon kecantikan yg belum tahu lagi berkesan ke tidak…
Petua untuk hilangkan bulu atas bibir
Sediakan sebiji limau nipis dan setengah sudu gula pasir.
Perahkan jus limau tuh dan campurkan dengan gula pasir tadi. Kendian sapu pada tempat bermisai tu sambil menggosok perlahan-lahan. Ia membantu menanggalkan bulu-bulu halus pada bahagian tuh…
Biarkan sejam kemudian baru dibilas dengan air bersih. InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment